Skip to main content

Kg Nanamun, Kota Belud, Sabah.

Assalamualaikum guys. Kembali lagi bersama Zoe disini hehehe. Ok harini Zoe akan bawa kamu semua ke Kota Belud, chingssss hahahaha. Ok ini begini cerita, lawatan ini adalah lawatan kami untuk tujuan pemarkahan iaitu amali untuk salah satu kursus kami, Tours and Travel Operation. Kami memilih Kota Belud disebabkan kami ingin mengetahui lebih lanjut mengenai budaya-budaya di kampung ini. Selain itu juga, kampung ini adalah kampung halaman rakan sekelas saya. Jadi senanglah urusan gitu. 

Untuk lawatan 3 Hari 2 Malam ini, perjalanan kami bermula dari kolej, singgah di Ranau untuk makan dan terus ke Kota Belud. Sebaik sahaja tiba diperkampungan ini, kami tidak terus mendaftar masuk homestay namun kami terus membuat aktiviti "river cruise" di Jetty Wawasan 3H.

Rombongan kami sekelas ke perkampungan ini. Siuk travel ramai-ramai :)

Namanya si Buragas, sempat juga bergambar sama dia hehe.

Diatas bot, mau berlepas sudah chingz hekhek. One of my coursemate yang konon-konon tourist. 

Banyak sebenarnya gambar yang ditangkap, tapi pemandangan yang ini ja lah kasih tinguk u ollss.

Semua gembira sebab dapat merasai pengalaman yang sangat menakjubkan. 

Walaupun kampung ini agak terpencil, orang Korea pun datang juga. 

Setelah selesai aktiviti "river cruise", kami kemudian bergerak ke Pantai Nanamun untuk melihat pemandangan matahari terbenam.


Ni na pemandangannya, cantik bukan. Datang lah kesini, confirm nda menyesal punyalah. 


Pensyarah kami yang paling sporting, Encik Halim :)


Oklah, untuk aktiviti hari kedua saya akan sambung pada lain hari. Sampai sini saja, bye. Aunt Patrin kata, kotor sapu-sapu dulu. Kalau Zoe kata, mengantuk tidur dulu. Bye u olls. 


Comments