Skip to main content

Menara Kayangan, Lahad Datu, Sabah.

Pada awalnya, saya sendiri tidak mengetahui kewujudan menara ini. Namun setelah membuat sedikit kajian, barulah saya tahu. Disini saya ada mengongsikan sedikit maklumat mengenai Menara Kayangan ini.  

Menara Kayangan, yang bermaksud 'Menara Syurga', adalah sebuah platform menara dan pemerhatian di lereng Gunung Silam di Lahad Datu di Sabah, Malaysia. Terletak pada ketinggian 620 meter di atas bukit, dek 8 tingkat ini memberikan pemandangan Darvey Bay di laut dan Lahad Datu di dataran. Sekitar menara ini adalah Hutan Simpan Sapagaya, hutan hujan ultramafik dengan kawasan tanah rendah dan kawasan montan yang mempunyai pelbagai spesies hidupan liar dan tumbuhan yang luar biasa - banyak yang endemik ke Borneo termasuk kepiting batu rubi kecil yang terkurung di Gunung Silam. Pintu masuk boleh dicapai di sepanjang Lebuhraya Lahad Datu-Tawau, kira-kira 12km di selatan bandar bertentangan persimpangan ke Lembah Danum.

Ini adalah memandangan dari atas menara. Suasana adalah dingin memandangkan kita berada diatas. 

Saya syorkan untuk anda berkunjung ke tempat ini secara berkumpulan, nda best lah kalau sendiri-sendiri. Ndada tukang gambar :)

Ini pula memandang Darvey Bay. Maafkan untuk gambar yang tidak jelas, saya mengambil gambar ini ketika embun masih lagi berada dikawasan ini. 




Untuk kesini, tiket masuk adalah RM5 untuk seorang. Jarak dari pintu masuk menuju ke menara ini adalah agak jauh. Penat jugalah duduk dalam kereta hehehe. Ok, sepanjang perjalanan untuk masuk ke menara ini, kami dapat melihat beberapa ekor haiwan yang melalui jalannya. Terdapat juga lereng-lereng bukit yang mempunyai air mata air. suasananya amat menyenangkan dan membuatkan kita memuji kuasa Allah. 

Jadikan sebagai kenangan zaman remaja yang terindah. 



Sampai disini sahaja untuk destinasi kali ini, saya akan kembali dengan destinasi yang lain. Bye :)



Comments