Skip to main content

Posts

Kg Nanamun, Kota Belud, Sabah.

Assalamualaikum guys. Kembali lagi bersama Zoe disini hehehe. Ok harini Zoe akan bawa kamu semua ke Kota Belud, chingssss hahahaha. Ok ini begini cerita, lawatan ini adalah lawatan kami untuk tujuan pemarkahan iaitu amali untuk salah satu kursus kami, Tours and Travel Operation. Kami memilih Kota Belud disebabkan kami ingin mengetahui lebih lanjut mengenai budaya-budaya di kampung ini. Selain itu juga, kampung ini adalah kampung halaman rakan sekelas saya. Jadi senanglah urusan gitu.  Untuk lawatan 3 Hari 2 Malam ini, perjalanan kami bermula dari kolej, singgah di Ranau untuk makan dan terus ke Kota Belud. Sebaik sahaja tiba diperkampungan ini, kami tidak terus mendaftar masuk homestay namun kami terus membuat aktiviti "river cruise" di Jetty Wawasan 3H. Rombongan kami sekelas ke perkampungan ini. Siuk travel ramai-ramai :) Namanya si Buragas, sempat juga bergambar sama dia hehe. Diatas bot, mau berlepas sudah chingz hekhek. One of my coursemate yang kono...
Recent posts

Pulau Berhala, Sandakan, Sabah.

Hye guys. Harini kita kunjungi Pulau Berhala, Sandakan. Ok disini saya sediakan sedikit maklumat mengenai pulau ini. Pulau Berhala adalah sebuah pulau kecil yang terletak di Teluk Sandakan di Sandakan, Sabah, Malaysia. Pulau ini berukuran kira-kira 5 hektar dan mempunyai tebing yang menonjol di hujung utaranya. Banyak burung boleh dilihat disekitar Berhala, termasuk layang-layang brahminy, helang ular dan helang laut. Rancangan sedang dibangunkan untuk mempromosikan Pulau Berhala sebagai tarikan pelancong. Tempat ini sangat menarik untuk tujuan fotografi disebabkan oleh warna   tebingnya. Acah-acah kencang jap :)  Ini pula pemandangan pulau ini dari atas dengan menggunakan "drone" Gembira itu apabila, kau meluangkan masa bersama orang yang betul. Bestfriends forever la konok 😂😂 Untuk mengunjungi pulau ini, kami sekumpulan menyewa bot dari Jeti Bandar Sandakan. Harga untuk seorang adalah RM50 untuk sewa bot. Tiada tiket masuk yan...

Menara Kayangan, Lahad Datu, Sabah.

Pada awalnya, saya sendiri tidak mengetahui kewujudan menara ini. Namun setelah membuat sedikit kajian, barulah saya tahu. Disini saya ada mengongsikan sedikit maklumat mengenai Menara Kayangan ini.   Menara Kayangan, yang bermaksud 'Menara Syurga', adalah sebuah platform menara dan pemerhatian di lereng Gunung Silam di Lahad Datu di Sabah, Malaysia. Terletak pada ketinggian 620 meter di atas bukit, dek 8 tingkat ini memberikan pemandangan Darvey Bay di laut dan Lahad Datu di dataran. Sekitar menara ini adalah Hutan Simpan Sapagaya, hutan hujan ultramafik dengan kawasan tanah rendah dan kawasan montan yang mempunyai pelbagai spesies hidupan liar dan tumbuhan yang luar biasa - banyak yang endemik ke Borneo termasuk kepiting batu rubi kecil yang terkurung di Gunung Silam. Pintu masuk boleh dicapai di sepanjang Lebuhraya Lahad Datu-Tawau, kira-kira 12km di selatan bandar bertentangan persimpangan ke Lembah Danum. Ini adalah memandangan dari atas menara. Suasana adalah di...